Wednesday, 2 September 2015
Bertugas di tempat baru
Assalamualaikum, kembali menulis semula dalam blog setelah lama bertangguh akibat daripada kesibukan menjalani latihan praktikal. Bermula pada bulan september 2015 ini aku telah memulakan tugas mendidik di tempat baru. Semoga dengan perpindahan tempat baru ini dapat memberi lebih pengalaman baru yang dapat ditimba. Bertukar di tempat baru ini memang tidak dijangka oleh diriku dan keluarga. Permohonan berpindah ini dibuat kerana duduk berjauhan dengan isteriku dan anakku. Jadi satu perasaan yang bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT dan mereka-mereka yang telah membantu diriku dari segi secara langsung atau tidak langsung, semoga kalian diberi bantuan dan diberi ganjaran oleh Allah SWT kerana membantu dan memudah cara urusan manusia. Mungkin kesannya tidak nampak di dunia tetapi insyaAllah ganjaran yang ibarat MLM di akhirat kelak.
Subscribe to:
Posts (Atom)