MencariRedhaNya&BekalanAkhir
Wednesday, 2 September 2015
Bertugas di tempat baru
Tuesday, 9 June 2015
GST dan Rakyat
Semasa di kedai makan tadi terdengar seorang pakcik yang mengomen "kena GST 27 riya hari ni",bayar bil TNB pun kena GST."Mahathir tengah sibuk loni nok selamatkan UMNO dari jatuh sebab rakyat kena GST,rakyat semua tertekan sebab GST,rakyat memang tak paham dengan GST,kiri kanan depan belakdanh".PRU pahni habis dah UMNO kalah!" kata pakcik tu.GST OH GST,dimana kebaikan GST yang rakyat belum nampak
Latihan Sangkutan Industri untuk yang bekerja.
Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menjalani latihan praktikal di Tenaga Nasional Berhad Cawangan Besut dalam program Latihan Sangkutan Industri. Setelah berpenat lelah memohon sahaja dah membuatkan aku merasa hampir tidak pasti untuk menjalani praktikal.
Aku pernah memohon ke ATSC Cawangan Jerteh tetapi dimaklumkan penuh dan tidak menerima pelatih,puas juga pergi ke TUDM Gong Kedak dan masuk ke dalam berjumpa pengawal untuk pergi sendiri ke ATSC untuk memohon.Rupanya kem TUDM Gong Kedak bercuti pada hari Sabtu & Ahad tidak sama cuti dengan Kelantan & Terengganu.
Kemudian memohon ILP Gong Badak,permohonan di terima.Memohon IKBN Bachok tetapi tidak dijawab.Memohon ILP Kota Bharu ada dihubungi tetapi perlu bermesyuarat untuk menerima atau tidak. Kemudian maklumman oleh penganjur LSI,Pusat Latihan tidak dibenarkan. kemudian aku berusaha dengan isteriku yang sarat mengandung pada masa itu pergi ke cawangan TNB Besut mengambil alamat bagi membuat surat permohonan dan menghantar permohonan ke Pengurus TNB Cawangan Besut. Surat permohonanku akan dihantar ke Pengurus TNB Negeri Terengganu.
Kemudian pada awal MAC pihak penganjur pada masa itu JPKK telah memaklumkan yang program SIP dikendalikan JPKK ditangguh sementara dan kemudian dibatalkan. Rasa kecewa juga kerana segala penat lelah menyediakan permohonan disia-siakan seperti itu.
Seorang mekanik kereta yang mengambil kesempatan terhadap pelanggan
Masalah yang aku hadapi ni sudah dekat tiga tahun terjadi.Kenal seorang mekanik kereta atas dasar sahabat kemudian mekanik ni mengambil kesempatan terhadap kita.Pernah tak hadapi situasi ni. Niat kita nak menolong orang melayu dalam perniagaan, tapi niat yang baik telah diambil kesempatan.
Dalam dunia ni wujud dua golongan.Golongan baik dan jahat.Golongan baik biasanya akan diambil kesempatan oleh golongan jahat ni.Golongan ni dalam golongan muslim pun wujud dalam kaum melayu sendiri pun wujud. Aku memang pernah terkena.banyak situasi pinjam duit tak nak bayar.suruh repair kereta bayar barang dah bayar,duit kita di 'advancekan' dulu untuk kegunaan family.
Duit haram lah tu yang masuk dok bagi anak dan isteri makan.Duit hasil daripada menipu pelanggan,gunakan duit pelanggan tak bayar.Korang(merujuk kepada peminjam2 tegar) yang niat tak nak bayar ni tak kenal erti takut pada Allah ke sebab berhutang tapi tak bayar.Esok bila korang meninggal dunia roh korang tergantung antara langit dan bumi sebab hutang yang tak dihalalkan.
Korang rasa boleh hidup balik ke untuk pergi bayar semula hutang ke?jangan bermimpi di alam barzakh untuk hidup semula nak pergi bayar hutang.Hutang tetap hutang dan kita wajib membayarnya walaupun pada bank,ptptn,manusia.Hmm ni adalah luahan hati sekejap kecewa dengan sikap pemiutang,macamana orang nak percaya dengan memberi hutang pada peminjam. Aku rasa setiap orang nak merayu meminjam tu susah nak jumpa yang jujur dan nak bayar semula.Korang memang berani dengan tindakan2x tak nak membayar hutang.Rezeki kita datang dari Allah,redha kita pada perkara tu,mungkin tertulis rezki orang lain dalam gaji kita. Tapi sikap penghutang ni yang membuatkan pemberi hutang merasa penyesalan meminjamkan wang atau harta benda kerana sikap mereka.
Monday, 18 May 2015
Penulisan Kembali pada Bulan Mei
Tuesday, 7 April 2015
Bengkel Penyediaan Bahan Pembelajaran dan Pengajaran SPE dan Seminar Flipped Classroom
Minggu AUDIT Dalaman Peringkat Kolej
Prosedur yang ditugaskan pada sem ni adalah Perolehan, Dokumen Stor, Keselamatan, Kebersihan.Konsep baru audit yang dijalankan pada semester ni adalah audit berdasarkan klausa yang terkandung dalam Kitab Audit.(ada nama rujukan tu,cepat lupa). Sistem audit ISO ni merupakan kriteria dalam pengurusan MYSPEKK yang membantu kolej melaksanakan ISO mendapat rating yang tinggi. Banyak juga kolej yang tak mengekalkan sistem ISO ni dan bila tak mengekalkan maka terpaksa merangkak semula dari bawah untuk mulakan semula ISO SIRIM ni kalau nak dapatkan semula lesen.