Masalah yang aku hadapi ni sudah dekat tiga tahun terjadi.Kenal seorang mekanik kereta atas dasar sahabat kemudian mekanik ni mengambil kesempatan terhadap kita.Pernah tak hadapi situasi ni. Niat kita nak menolong orang melayu dalam perniagaan, tapi niat yang baik telah diambil kesempatan.
Dalam dunia ni wujud dua golongan.Golongan baik dan jahat.Golongan baik biasanya akan diambil kesempatan oleh golongan jahat ni.Golongan ni dalam golongan muslim pun wujud dalam kaum melayu sendiri pun wujud. Aku memang pernah terkena.banyak situasi pinjam duit tak nak bayar.suruh repair kereta bayar barang dah bayar,duit kita di 'advancekan' dulu untuk kegunaan family.
Duit haram lah tu yang masuk dok bagi anak dan isteri makan.Duit hasil daripada menipu pelanggan,gunakan duit pelanggan tak bayar.Korang(merujuk kepada peminjam2 tegar) yang niat tak nak bayar ni tak kenal erti takut pada Allah ke sebab berhutang tapi tak bayar.Esok bila korang meninggal dunia roh korang tergantung antara langit dan bumi sebab hutang yang tak dihalalkan.
Korang rasa boleh hidup balik ke untuk pergi bayar semula hutang ke?jangan bermimpi di alam barzakh untuk hidup semula nak pergi bayar hutang.Hutang tetap hutang dan kita wajib membayarnya walaupun pada bank,ptptn,manusia.Hmm ni adalah luahan hati sekejap kecewa dengan sikap pemiutang,macamana orang nak percaya dengan memberi hutang pada peminjam. Aku rasa setiap orang nak merayu meminjam tu susah nak jumpa yang jujur dan nak bayar semula.Korang memang berani dengan tindakan2x tak nak membayar hutang.Rezeki kita datang dari Allah,redha kita pada perkara tu,mungkin tertulis rezki orang lain dalam gaji kita. Tapi sikap penghutang ni yang membuatkan pemberi hutang merasa penyesalan meminjamkan wang atau harta benda kerana sikap mereka.
No comments:
Post a Comment