Telok Batik

Thursday, 29 January 2015

Kisah Parking di Kota Bharu

First time menjejakkan kaki di bumi Kelantan adalah pada 25 tahun yang lepas. Itu pun pergi ke kawasan Salor rumah kawan kepada emakku semasa mereka berjiran di kuarters TLDM Blok A29. Tapi sekarang dan semenjak setahun yang lalu. Aku akan pulang ke Kelantan setiap minggu. Orang Kelantan yang duduk di luar dari negeri Kelantan yang biasa kita dengar balik masa raya je kan..sampai jem-jem jalan raya di Kelantan dipenuhi anak Kelantan yang tinggal di perantauan. Disini aku nak bercerita mengenai sistem parking di Kota Bharu yang menggunakan sistem pembayaran tapak parking yang kita kena masukkan syiling pada tiang2x parking.Al-kisahnya aku dan isteriku pergi ke KBMall buat pertama kali dan parking di tempat parking bayar syiling. Kemudian aku memasukkan syiling 10sen,tapi tak nampak mesej pembayaran pun pada meter. Hmm aku rasa mungkin meter parking rosak. "Takpelah kita masuk lah KBMALL" kataku kepada isteriku. Sebelum tu aku ada calculate berapa syiling yang ada dalam RM1.20 mungkin dapat dalam 3 jam,kami mula masuk pada jam 10.00 pagi tapi disebabkan meter yang ku sangkakan rosak just masuk 30sen tu pun meter tak detect. Last sekali kami keluar dari KBMALL menuju ke parking kemudian ternampak tiket parking Majlis Kota Bharu.Ahh sudah kene saman ni,tapi meter rosak cmne boleh disaman keluhku merasakan ketidak puasan hatiku...kemudian aku dan isteriku pergi memeriksa meter parking. Cuba lagi masuk duit 10sen tapi meter tak bergerak menunjukkan pembayaran parking.Aku terus mencapai telefonku dan merakamkan video untuk membuat aduan meter rosak tetapi disaman. Setelah merakam bukti-bukti penting,Isteriku memberitahu meter parking disini perlu dimasukkan sebanyak 40sen terus baru berfungsi.Rupanya memang telah ditulis arahan tersebut di meter,cuma sebab dah terbiasa bayar 10sen,20 sen di parking bermeter daerah Pasir Puteh, rupanya di Kota Bharu dikira cara lain...ok memang ade salah faham sedikit,kemudian kami redha dan bayarlah saman Majlis Kota Bharu..

  

No comments:

Post a Comment