Telok Batik

Wednesday, 2 September 2015

Bertugas di tempat baru

Assalamualaikum, kembali menulis semula dalam blog setelah lama bertangguh akibat daripada kesibukan menjalani latihan praktikal. Bermula pada bulan september 2015 ini aku telah memulakan tugas mendidik di tempat baru. Semoga dengan perpindahan tempat baru ini dapat memberi lebih pengalaman baru yang dapat ditimba. Bertukar di tempat baru ini memang tidak dijangka oleh diriku dan keluarga. Permohonan berpindah ini dibuat kerana duduk berjauhan dengan isteriku dan anakku. Jadi satu perasaan yang bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT dan mereka-mereka yang telah membantu diriku dari segi secara langsung atau tidak langsung, semoga kalian diberi bantuan dan diberi ganjaran oleh Allah SWT kerana membantu dan memudah cara urusan manusia. Mungkin kesannya tidak nampak di dunia tetapi insyaAllah ganjaran yang ibarat MLM di akhirat kelak.



Tuesday, 9 June 2015

GST dan Rakyat

Semasa di kedai makan tadi terdengar seorang pakcik yang mengomen "kena GST 27 riya hari ni",bayar bil TNB pun kena GST."Mahathir tengah sibuk loni nok selamatkan UMNO dari jatuh sebab rakyat kena GST,rakyat semua tertekan sebab GST,rakyat memang tak paham dengan GST,kiri kanan depan belakdanh".PRU pahni habis dah UMNO kalah!" kata pakcik tu.GST OH GST,dimana kebaikan GST yang rakyat belum nampak

Latihan Sangkutan Industri untuk yang bekerja.

Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menjalani latihan praktikal di Tenaga Nasional Berhad Cawangan Besut dalam program Latihan Sangkutan Industri. Setelah berpenat lelah memohon sahaja dah membuatkan aku merasa hampir tidak pasti untuk menjalani praktikal.

Aku pernah memohon ke ATSC Cawangan Jerteh tetapi dimaklumkan penuh dan tidak menerima pelatih,puas juga pergi ke TUDM Gong Kedak dan masuk ke dalam berjumpa pengawal untuk pergi sendiri ke ATSC untuk memohon.Rupanya kem TUDM Gong Kedak bercuti pada hari Sabtu & Ahad tidak sama cuti dengan Kelantan & Terengganu.

Kemudian memohon ILP Gong Badak,permohonan di terima.Memohon IKBN Bachok tetapi tidak dijawab.Memohon ILP Kota Bharu ada dihubungi tetapi perlu bermesyuarat untuk menerima atau tidak. Kemudian maklumman oleh penganjur LSI,Pusat Latihan tidak dibenarkan. kemudian aku berusaha dengan isteriku yang sarat mengandung pada masa itu pergi ke cawangan TNB Besut mengambil alamat bagi membuat surat permohonan dan menghantar permohonan ke Pengurus TNB Cawangan Besut. Surat permohonanku akan dihantar ke Pengurus TNB Negeri Terengganu.

Kemudian pada awal MAC pihak penganjur pada masa itu JPKK telah memaklumkan yang program SIP dikendalikan JPKK ditangguh sementara dan kemudian dibatalkan. Rasa kecewa juga kerana segala penat lelah menyediakan permohonan disia-siakan seperti itu.

Seorang mekanik kereta yang mengambil kesempatan terhadap pelanggan

Masalah yang aku hadapi ni sudah dekat tiga tahun terjadi.Kenal seorang mekanik kereta atas dasar sahabat kemudian mekanik ni mengambil kesempatan terhadap kita.Pernah tak hadapi situasi ni. Niat kita nak menolong orang melayu dalam perniagaan, tapi niat yang baik telah diambil kesempatan.

Dalam dunia ni wujud dua golongan.Golongan baik dan jahat.Golongan baik biasanya akan diambil kesempatan oleh golongan jahat ni.Golongan ni dalam golongan muslim pun wujud dalam kaum melayu sendiri pun wujud. Aku memang pernah terkena.banyak situasi pinjam duit tak nak bayar.suruh repair kereta bayar barang dah bayar,duit kita di 'advancekan' dulu untuk kegunaan family.

Duit haram lah tu yang masuk dok bagi anak dan isteri makan.Duit hasil daripada menipu pelanggan,gunakan duit pelanggan tak bayar.Korang(merujuk kepada peminjam2 tegar) yang niat tak nak bayar ni tak kenal erti takut pada Allah ke sebab berhutang tapi tak bayar.Esok bila korang meninggal dunia roh korang tergantung antara langit dan bumi sebab hutang yang tak dihalalkan.

Korang rasa boleh hidup balik ke untuk pergi bayar semula hutang ke?jangan bermimpi di alam barzakh untuk hidup semula nak pergi bayar hutang.Hutang tetap hutang dan kita wajib membayarnya walaupun pada bank,ptptn,manusia.Hmm ni adalah luahan hati sekejap kecewa dengan sikap pemiutang,macamana orang nak percaya dengan memberi hutang pada peminjam. Aku rasa setiap orang nak merayu meminjam tu susah nak jumpa yang jujur dan nak bayar semula.Korang memang berani dengan tindakan2x tak nak membayar hutang.Rezeki kita datang dari Allah,redha kita pada perkara tu,mungkin tertulis rezki orang lain dalam gaji kita. Tapi sikap penghutang ni yang membuatkan pemberi hutang merasa penyesalan meminjamkan wang atau harta benda kerana sikap mereka.

Monday, 18 May 2015

Penulisan Kembali pada Bulan Mei

Assalamualaikum,alhamdulillah diizinkan Allah untuk aku mennulis semula,agak sibuk 3-4 minggu yang lepas semua berkaitan kerja dan kolej serta keluarga, kali ini dapat meluangkan masa untuk update blog ku yang tertangguh,mana-mana ilmu yang saudara atau saudari baca yang elok itu datang dari Allah yang tidak baik itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri. Ok semoga semua urusan kita dipermudahkan Allah insyaAllah.

Tuesday, 7 April 2015

Bengkel Penyediaan Bahan Pembelajaran dan Pengajaran SPE dan Seminar Flipped Classroom

Habis je audit bergegas ke Putrajaya pada 29.3.2015 menggantikan seorang pegawai membangunkan modul pengajaran. Bengkel Penyediaan Bahan Pembelajaran dan Pengajaran SPE dan Seminar Flipped Classroom. Dianjurkan oleh Jabatan di HQ. Minggu lepas memang agak sibuk dan kepenatan sebab travel berseorangan. Daripada Kuala Terengganu 1.30 petang sampai ke Kuantan dalam 4.00 petang. Transit sebentar di rumah sewa,kemudian jam 5.30ptg bertolak ke Selangor. Semua bahan telah diterima daripada pensyarah utama yang tak dapat pergi. Besar juga tanggungjawab ni sebagai membangunkan Bahan Pembelajaran dan Pengajaran.


Minggu AUDIT Dalaman Peringkat Kolej

Hampir 2 minggu aku tidak menulis blog,Alhamdulillah hari ini dapat aku mulakan semula penulisan ku. Pada 23-27 Mac telah berlangsung Audit Dalaman peringkat kolej yang diadakan bagi memenuhi kehendak MS:ISO 9001:2008 . Audit ni perlu untuk mengekalkan semula lesen yang diberi oleh SIRIM. Lebih kurang macam renew roadtax kereta,tak renew lebih daripada setahun nak kene masuk PUSPAKOM untuk menjalankan pemeriksaan semula. Kelebihan jadi juruaudit dapat tengok semua prosedur yang dijalankan di persekitaran kerja kita. Menjalankan ISO ni ada kelebihan dan kekurangan,tapi banyak kelebihan. Sijil yang ada pada aku sebagai juruaudit adalah pergi kursus Juruaudit Dalaman dan di conduct oleh Pegawai Sirim, kursus Juruaudit aku dijalankan oleh Hj.Azhar dari SIRIM . Tagline nya ialah "Perbetulkan apa yang tak betul dan perbaiki apa yang dah baik". Itulah konsep audit yang sebenarnya. Dalam audit kalau banyak tak betul kita boleh jatuhkan NCR@ Ketidakakuran yang boleh menyebabkan lesen ISO ditarik. Jangan kita jadi punca kepada lesen audit di tempat kerja di tarik,nanti mengundang kesusahan kepada orang lain. Biasanya memang aku akan bertugas sebagai juruaudit dalaman sebanyak 2 kali setahun.

Prosedur yang ditugaskan pada sem ni adalah Perolehan, Dokumen Stor, Keselamatan, Kebersihan.Konsep baru audit yang dijalankan pada semester ni adalah audit berdasarkan klausa yang terkandung dalam Kitab Audit.(ada nama rujukan tu,cepat lupa). Sistem audit ISO ni merupakan kriteria dalam pengurusan MYSPEKK yang membantu kolej melaksanakan ISO mendapat rating yang tinggi. Banyak juga kolej yang tak mengekalkan sistem ISO ni dan bila tak mengekalkan maka terpaksa merangkak semula dari bawah untuk mulakan semula ISO SIRIM ni kalau nak dapatkan semula lesen.






Thursday, 19 March 2015

HARI TERBUKA TUDM Boleh lihat pertunjukkan aircraft dan demo seperti Di LIMA Langkawi International Maritime Aircraft

Kalau tak dapat nak ke LIMA tengok pertunjukkan udara bolehlah datang ke Hari Terbuka TUDM yang selalu dianjurkan tak ingat berapa tahun sekali. Tapi kalau duduk berdekatan  KEM Batu 10 ,TUDM sesiapa yang berkesempatan untuk pergi ke hari terbuka jangan lepaskan peluang. memang best dapat lihat pertunjukkan udara.

Merasa naik Helikopter Nuri yang dah di parking. Besar Helikopter Nuri ni saiz bas. Dapat naik C130 Hercules milik US Navy.
































Menurunkan berat badan dan saiz pinggang.

Minggu lepas dan minggu ni bermulanya aktiviti riadah ku yang telah lama tergendala. Mula jogging dan main gym. Beratku sekarang hampir 100kg. Nampaknya aku kena mulakan aktiviti sihat dan mengawal pemakanan. Hari ni berlari di treadmill dalam 4.1km, membakar 455calori dan masa dalam 46min,purata laju larian dalam 5.5 km. Permulaan yang agak baik. Banyak langkah dan matlamat lagi yang perlu dicapai,ketepikan dulu nafsu makan yang menggila. "You can do it" turunkan berat badan ke 70kg target....

Ok bermula dalam minggu ni aku dah mula bermain badminton semula,sukan yang aku tinggalkan hampir 3 tahun. Takdelah expert sangat tapi medium lah bila bermain. peluh lagi banyak keluar dari main Gym sebelum ni,sesuai untuk kardio tapi lagi penat dan banyak peluh berbanding jogging biasa. Boleh cuba main badminton,kalau dapat hari-hari lagi ok. Dekat tempat kerja  aku memang ada court badminton,cuma korum nak bermain tu agak kuranglah. Aktiviti terbaru juga mendaki bukit UIAM di Gambang semasa berjoging. Ada masa aku akan uplod gambar..

Tuesday, 17 March 2015

SEMESTI...Sek Men Sains Teluk Intan

Ok aku nak upload gambar-gambar sekolah aku setelah last aku jejakkan kaki pada tahun 2000 setelah mengambil sijil SPM. Akhirnya isteri aku mengajak aku singgah ke sekolah lama aku. Tapi masa ni student tengah cuti.So sekolah nampak suram sikit. My wife sekolah di Sekolah Tun Fatimah, Sekolah Berasrama Penuh juga, tapi lebih berprestij dari SEMESTI. Keadaan sekolah nampak suram sikit bila takde pelajar tambah tambah lai mungkin warna-warna yang bercampur campur ni,hehe..tapi ni semua dah keputusan pengurusan dan harap pengurusan menampakkan mood berprestij SEMESTI agar nampak kemashuran, bukan nak ceria. Ceria dalam ertikata banyak benda boleh diceriakan tapi warna-warna gemilang SEMESTI bila first impression orang masuk ke pagar SEMESTI.