Minggu lepas dan minggu ni bermulanya aktiviti riadah ku yang telah lama tergendala. Mula jogging dan main gym. Beratku sekarang hampir 100kg. Nampaknya aku kena mulakan aktiviti sihat dan mengawal pemakanan. Hari ni berlari di treadmill dalam 4.1km, membakar 455calori dan masa dalam 46min,purata laju larian dalam 5.5 km. Permulaan yang agak baik. Banyak langkah dan matlamat lagi yang perlu dicapai,ketepikan dulu nafsu makan yang menggila. "You can do it" turunkan berat badan ke 70kg target....
Ok bermula dalam minggu ni aku dah mula bermain badminton semula,sukan yang aku tinggalkan hampir 3 tahun. Takdelah expert sangat tapi medium lah bila bermain. peluh lagi banyak keluar dari main Gym sebelum ni,sesuai untuk kardio tapi lagi penat dan banyak peluh berbanding jogging biasa. Boleh cuba main badminton,kalau dapat hari-hari lagi ok. Dekat tempat kerja aku memang ada court badminton,cuma korum nak bermain tu agak kuranglah. Aktiviti terbaru juga mendaki bukit UIAM di Gambang semasa berjoging. Ada masa aku akan uplod gambar..
No comments:
Post a Comment