Ni alkisah daripada ziarah family ku ke Kuala Terengganu dua minggu lepas. Aku dah mahir sikit jalan bandar Kuala Terengganu seperti ke Pasar Payang. Memeng tak sah kalau ke Kuala Terengganu mesti singgah ke pasar Payang yang ada bermacam-macam juadah makanan dan asam,serunding,kuih-kuih,keropok, telur penyu dan yang paling havoc masa family ku datang ialah cendol abang Jamal. Peniaga cendol ni menjual hanya guna motosikal sahaja gerainya. Tapi bayangkan income yang diperolehi memang lumayan dalam sehari. Disini aku tak mentionkan sangatlah nilainya tapi boleh dapat 4 angka sehari. Wow...ok aku sertakan gambar cendol Jamal ni.Dia berasal dari Melaka dan telah menetap di terengganu lebih kurang 15 tahun.
Dua kali kami datang ke pasar Payang kerana nak merasa cendol Jamal ni. Cawangan dekat Hospital HSNZ ada juga. Abang Jamal ni jual di depan Pej Pos sampai jam 12 tengahari. Selepas jam 12 beliau menjual di depan Balai Bomba Pasar Payang. Bolehlah kunjung dan rasa sendiri cendol beliau. Cendol pulut harga dalam RM2...Murahhhhh...
No comments:
Post a Comment