Telok Batik

Tuesday, 10 March 2015

Pendaftaran pelajar Kolej untuk second Intake

Pagi ni aku ditugaskan untuk kaunter pendaftaran pelajar SMK Elektrik. Kerja-kerja pendaftaran ni banyak kepada pengurusan sebagai pensyarah kelas juga. setakat ni baru tiga pelajar mendaftar daripada lapan orang. Pelajar PERHEBAT dua orang. pendaftaran second intake ini di buat di library sahaja kerana jumlah yang memohon dan mengesahkan sedikit sahaja bilangannya. Ini susulan daripada promosi selepas keputusan SPM yang telah diumumkan pada 3 Mac 2015.




List senarai yang perlu dibuat.
1. Pelajar membayar yuran di kaunter yuran (Pelajar perlu membeli wang pos di pejabat pos terlebih dahulu,sebelum tu pelajar@ibu bapa perlu mengesahkan kedatangan dengan menelefon pegawai pengambilan kemudian akan dimaklumkan berapa jumlah wang pos perlu dibuat)

2.Keluarkan IC untuk disemak.

3.Menulis butir-butir diri di borang senarai pelajar.

4.Memberikan resit pembayaran.

5.Menerima surat tawaran dan mnyemak.

6.Menandatangani surat jawapan tawaran.

7.Mengisi borang BHHP Pelajar (BHHP1-BHHP6)

8.Membuat pemeriksaan kesihatan (BHHP 2) hantar dalam masa 2 minggu.

9. Mengisi borang asrama (jika memerlukan asrama).

10.  Menyediakan 4 keping gambar passport.

11. Menyediakan salinan sijil SPM,sijil berhenti sekolah,sijil Ko-Kurikulum sekolah.

No comments:

Post a Comment