Pagi ni semasa sesi pendaftaran pelajar, isteri whatsapp pada diriku memberitahu seorang staf kkJerantut Kak Mas telah menemui penciptanya pada 3 pagi semalam. Pemergian beliau kerana masalah kesihatan yang dialami masalah berkaitan buah pinggang. Takziah kami ucapkan. Walaupun aku tidak mengenali arwah Kak Mas,tetapi daripada cerita isteriku berkaitannya memang arwah rakan seperjuangan isteriku semasa di kolej dan mereka berkongsi suka duka di KK Jerantut. Arwah masih ada anak kecil dan anak sulung yang belajar di darjah 4 serta anak-anak yang kecil lagi.
Semoga arwah tenang disana disamping Pencipta kita.Yang masih hidup akan pergi juga menyusul,bersediakah kita untuk dijemput bila-bila masa sahaja? Wang ringgit tidak akan dibawa,kerja juga tidak bermakna bila kita sudah tiada di atas dunia ini,pangkat, harta,rumah dan anak-anak semuanya kita tinggalkan. Semoga Allah mengampuni dosa kami semua, dimatikan dalam keadaan beriman dan Islam, Husnul Khatimah,diringankan Allah atas azab di akhirat serta dijauhkan daripada api neraka jahannam..
Kak Mas sempat wish pada isteri ku di FB atas kelahiran puteri sulung kami.Semoga Allah merahmati beliau.Al-Fatihah..
No comments:
Post a Comment