Telok Batik

Monday, 9 March 2015

Alhamdulillah hujung minggu lepas Family ku datang menziarah ke Kuala Terengganu.

Alhamdulillah minggu lepas agak sibuk juga, keluargaku dari Perak bercadang datang ke Kuala Terengganu untuk melihat isteriku dan cucu mereka. Transit di Kuantan dulu dan kemudian bertolak ke Terengganu. Kalau di kuantan ni banyak tempat transit paling dekat homestay di bukit Gambang memang banyak. Tapi family aku dan fmly pakcik datang menginap di homestay yang aku sewa. Datang satu kenderaan sahaja, 4 orang. Alhamdulillah pagi-pagi sabtu bertolak ke terengganu menggunakan highway LPT 2 yang telah siap cuma tol free lagi :D .Ok banyak yang konfius cara guna LPT1 ke LPT2. Pakcik aku pun konfius,aku pun terangkan dengan sejelas-jelasnya bersama dengan praktikal sekali. ok dari LPT1(Tol Gombak-Tol Bentong-Tol Karak -Tol Lanchang-Tol Temerloh-Tol Kg Awah,Chenor-Tol Maran-Tol Srijaya-Tol Gambang-Tol Kuantan-Tol Jabor).Ok yang last adalah tol Jabor. 


Semua pengguna kena exit di tol ni sebab kenelah bayar. LPT 1 bayar Tol yang LPT 2(Tol Jabor-Tol k.Terengganu) masih percuma. So keluar Tol Jabor kemudian u-turn di kawasan tol untuk masuk semula Tol Jabor menghala ke Kuala Terengganu. Jangan naik semula ke KL hehe. Ada dua simpang pastikan ambil Kuala Terengganu,kemudian jumpa Pondok tol sementara untuk merekodkan penggunaan tol LPT2. Pondok tol tu tak perlu bayar lagi. Aku syorkan pakailah Touch n Go untuk perjalanan lancar. kalau tak beratuq panjang dekat Tol Jabor dan Pondok Tol LPT2. Kalau musim perayaan memang akan beratuq panjang di Pondok Tol LPT dua sebab dua kaunter je. 


Tapi InsyaAllah sampai dan terus masuk tol. So pakcik ku dah faham dan kami bertolak. Kalau pecut jalan ni dalam range 120km-130km-160km sampai ke Tol Kuala Terengganu dalam 1jam 30 min tanpa berhenti RNR. Cuma ada speed Trap di sini. Dekat Pondok2x dan jambatan aku biasa nampak.Kalau bawa 110km dalam 2jam 25 min tanpa berhenti RNR. Jalan masih lagi ada mendapan-mendapan. So aku nasihatkan tak payah laju sangat limit 140km dah lah. Agak berayun dan bergelombang dan ada sendi-sendi dijambatan mendap,cuma telah diturap tapi masih tak rata. Berhati-hati disini.


Kalau jalan malam pula agak bahaya sebab lembu. Ada penternak yang lepaskan lembu dikawasan highway,kepada family-family yang ada melepaskan lembu-lembu di highway tu bawa-bawalah tobat,membahayakan nyawa orang lain. nanti kena pada anak cucu sendiri dan doa-doa orang teraniaya masa gunakan highway tu.  

Di kawasan area nak masuk Kijal tu berhati-hati sebab memang ada kawanan lembu terlepas meragut rumput sebelah jalan je yang tiada divider pun. Aku pernah terserempak dengan kawanan lembu ni meragut rumput pada petang hari setiap kali balik ke Kuala Terengganu. Video di atas tu sahabat kepada Ketua Juruteknik di tempat aku yang nak balik ke Pekan, kene di Highway Kijal pada jam 8.45 malam.


No comments:

Post a Comment