Telok Batik

Monday, 9 March 2015

Sharing mengenai penulisan SKT kerja yang akan dinilai oleh Ketua Jabatan

Minggu lepas sibuk dengan menyiapkan SKT (Sasaran Kerja Tahunan) yang perlu dihantar. Sistem ini sebagai langkah membuat penilaian kepada pekerja daripada majikan. Dengan sistem ini membantu pekerja mendapat increemant gaji,peluang kenaikan pangkat, mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang dan merangkumi tugas-tugas dalam setahun. Takdelah nnati dikatakan staf penjawat awam makan gaji buta..heeee..ok nanti aku akan sharingkan serba sedikit penulisan SKT ni boleh lah nak bertanya lanjut atau pun contact untuk dapatkan melalui email. Aku akan membantu dan berkongsi. ada Jabatan yang agak detail,da yang sempoi,ada yang bos kata "awak copy je yang dari tahun lepas". So apa pu jenis, yang penting idea untuk menyiapkan SKT tersebut paling penting. Masa 2007 SKT aku pun bersandarkan kepada staf-staf lama yang bekerja. Kemudian setelah beberapa tahun baru mendapat idea cara formal menulis SKT. SKT ku pun banyak aku sharekan juga pada kawan-kawan,junior kerja,Ketua Program aku, dan yang paling istimewa isteri aku(masa mula-mula bertemu) : ) .....

SKT yang telah dinilai adalah rahsia sebab ada markah disitu. Yang akan aku share (jika ada yang berminat semua draft yang dihantar kepada Ketua Jabatan).


Setakat ini SKT yang aku tulis dapat membantu dalam pemarkahan,belum lagi taraf untuk mendapatkan APC di tempat kerja ni. InsyaAllah ada rezki dapat jua..

No comments:

Post a Comment