Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menjalani latihan praktikal di Tenaga Nasional Berhad Cawangan Besut dalam program Latihan Sangkutan Industri. Setelah berpenat lelah memohon sahaja dah membuatkan aku merasa hampir tidak pasti untuk menjalani praktikal.
Aku pernah memohon ke ATSC Cawangan Jerteh tetapi dimaklumkan penuh dan tidak menerima pelatih,puas juga pergi ke TUDM Gong Kedak dan masuk ke dalam berjumpa pengawal untuk pergi sendiri ke ATSC untuk memohon.Rupanya kem TUDM Gong Kedak bercuti pada hari Sabtu & Ahad tidak sama cuti dengan Kelantan & Terengganu.
Kemudian memohon ILP Gong Badak,permohonan di terima.Memohon IKBN Bachok tetapi tidak dijawab.Memohon ILP Kota Bharu ada dihubungi tetapi perlu bermesyuarat untuk menerima atau tidak. Kemudian maklumman oleh penganjur LSI,Pusat Latihan tidak dibenarkan. kemudian aku berusaha dengan isteriku yang sarat mengandung pada masa itu pergi ke cawangan TNB Besut mengambil alamat bagi membuat surat permohonan dan menghantar permohonan ke Pengurus TNB Cawangan Besut. Surat permohonanku akan dihantar ke Pengurus TNB Negeri Terengganu.
Kemudian pada awal MAC pihak penganjur pada masa itu JPKK telah memaklumkan yang program SIP dikendalikan JPKK ditangguh sementara dan kemudian dibatalkan. Rasa kecewa juga kerana segala penat lelah menyediakan permohonan disia-siakan seperti itu.
Salam, kalau tidak keberatan, bolehkah berkongsi contoh surat permohonan utk menjalani latihan sangkutan industri ?
ReplyDeleteok boleh email sy.Nt sy emailkan contoh surat keperluan permohonan. machaffiz06@yahoo.com
Delete