Telok Batik

Saturday, 28 February 2015

Makanan berpantang Isteriku

Biasanya makanan berpantang untuk ibu bersalin memang disediakan sebagai langkah untuk menggalakkan penyembuhan. Menu berpantang isteriku disediakan oleh mother in law. Memang nampak sedap.ada kuah percik untuk diletakkan pada lauk ikan bakar,atau goreng. Sayur berkuah mesti ada gak,menu biasa sayur lobak putih dan oren.

Tuesday, 24 February 2015

Demam Kuning Jaundice

Assalamualaikum,akhirnya setelah lebih kurang seminggu tidak menulis,hari ini diizinkan Allah untuk menulis semula mengenai kisah seminggu diriku,isteri dan anak kami. Agak sibuk juga minggu lepas selepas proses kelahiran bayi kami. isteri dan anak telah keluar wad pada hari Ahad 15 Februari 2015. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan. Jam 6.30 petang kami sampai di rumah keluarga mentua untuk proses berpantang isteriku dan bayi kami. Dalam perjalanan pihak hospital ada menelefon memaklumkan terlupa untuk memberikan buku kesihatan bayi kami. Masa tu sangat seronok kerana ibu dan bayi dapat discaj sehingga kami pun terlupa bertanya mengenai yang dokumen  tu. So pada parents jangan lupa bertanya mengenai buku kesihatan bayi ( Warna biru untuk baby boy & warna pink untuk baby girl).

Buku baby ni penting untuk mendaftarkan kepada klinik desa atau klinik kesihatan semasa checkup kesihatan baby dan ibu oleh jururawat masyarakat. Checkup ini penting untuk memastikan demam kuning bayi terkawal dan pemeriksaan kesihatan ibu. Pada awalnya kami menyangka bayi kami tidak ada kuning. Kemudian pada Isnin 16 Feb aku memaklumkan kelahiran anak dan ibu telah discaj serta berpantang di mukim Gong Datuk. Jururawat datang dan minta kami untuk cek kuning kerana biasanya bayi pada awalnya perlu membuang bilirubin yang ada dalam darahnya melalui najis dan kencing serta perlu menyusu. Jika kandungan bilirubin masih tinggi maka bayi didiagnos demam kuning.

Hari selasa 17 Feb aku bawa bayiku check dekat 3 kali.pagi,petang dan malam. babyku masih lagi bertahan. So kami decided cek esoknya.

Saturday, 14 February 2015

Proses Stimulate Penyusuan Ibu

Selepas proses kelahiran anak kami,bermulanya tugas penyusuan oleh isteriku. Kami berhasrat untuk memanfaatkan anugerah dan kurniaan terhebat Allah kepada ibu-ibu menggunakan susu badan. Proses penyusuan susu badan jika lambat keluar perlu di 'stimulate' oleh bayi kita. Semalam proses tersebut telah kami praktikkan. Aku membantu isteriku pergi ke pusat jagaan bayi SCN dimana puteri kami ditempatkan kerana mengikut prosedur kelahiran SGA. Tugas seorang suami dan abah memang sangat diperlukan pada ketika ini. Aku membawa isteriku menggunakan kemudahan kerusi roda kerana selepas proses bersalin ibu2x perlu menjaga langkah kaki agar luka bersalin tidak terjejas. Pada semalam sahaja bermula dari 4 petang aku dan isteri telah melawat baby kami. Kemudian pada jam 8 malam dan 3 pagi. Pengalaman yang baru bagi diri kami sebagai ibu bapa yang menjadi keutamaan dan naluri keibu bapaan untuk melihat bayi kita,menjaga,melindungi dan sanggup berkorban apa sahaja.

Kelahiran Anak pertama Kami pasangan suami isteri.

Alhamdulillah isteriku telah selamat melahirkan bayi kami di Hospital Sultanah Nur Zahirah,Terengganu pada jam 12.51tengahari tadi.Semoga dipermudahkan oleh Allah SWT atas segala urusan kita semuanya.Amin. Satu anugerah yang terindah buat kami dengan kelahiran anak kami yang pertama setelah 9 bulan kami menunggu dengan penuh sabar kelahiran yang ditunggu. bermacam-macam pengalaman yang kami lalui dalam masa 9bulan isteriku mengandungkan bayi comel kami.Semoga kami suami isteri dapat membesarkan,menjaga,melindungi,mendidik cahaya mata kami anugerah dan kurniaan terhebat kepada kami dengan izin Allah SWT. Pengalaman manis menemani isteri dalam Labour Room sangat bermakna dan berharga. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah.

Kisah Demam yang teruk

Alhamdulillah diberi peluang sekali lagi utk pulih dari demam mengejut yang teruk.Allah sembuhkan dalam 3hari.Kisahnya pada petang Ahad 8.2.2015 aku bersama isteri pergi makan diluar sebelum aku menaiki bas. Ptg tu terasa ingin menikmati nasi ayam so pergilah order. Nasi ayam nampak macam biasa sahaja cuma cara penyediaan agak nampak kurang kemas.Bekas sambal diletakkan bersama dengan kicap dan ayam. Tidak pasti kebersihannya. Tapi takpelah dah lapar punya pasal,makan jerlah. Ayam pula nampak masih merah-merah maksudnya kurang masak. Merahnye nampak tak menyakinkan sangat. Tapi dengan kebiasaan perutku yang tahan memproses rasanya tiada masalah. Setelah makan aku dan isteri menuju ke stesen bas untuk menaiki bas trip 8.30 malam. Kemudian semasa di sana aku mula rasa mual dan kurang selesa sedikit. Sendawa angin pun kua bau nasi ayam. Ni macam banyak gas je yang akan keluar. Tepat 8.30 aku menaiki bas. Dalam bas aku dah rasa lain macam,seram sejuk je badan. Aku melelapkan mata,kadangkala terjaga dalam bas ku rasakan suhu badan makin meningkat.Aku rasa pada dahi,terasa panas.Sah demam ni.Ku gagahi juga menaiki bas sebab dah bayar tiket,takkan nak turun dekat tengah jalan kan.Tahan jerlah kataku dalam hati. Tido pun banyak bergerak sebab tak selesa. Esoknya sampai di destinasi aku demam mengejut tapi masih sendawa nasi ayam lagi,perutku macam tak boleh nak proses. beli panadol dan telan.sampai dirumah pun masih sendawa nasi ayam,akhirnya aku memuntahkan semula sebab rasa pelik perutku tidak dapat memproses. Rasaku sebab kesan nasi ayam dan ayam yang tidak dimasak dengan betul atau tercemar.Alhamdulillah tak teruk,tapi dari pinggang ke bawah kaki terasa sengal yang tak pernah aku alami.mungkin kesan demam mengejut.

Wednesday, 4 February 2015

Kes Pecah Rumah Semakin Menjadi2x

Semasa di kolej tadi terjumpa bekas student PERHEBAT. Sempat juga bersembang dengannya beberapa perkara.Tergerak bertanya dengannya mengenai taman yang didudukinya sebab ada kes pecah rumah sebelum ni melibatkan sorang pensyarah UMP yang dipecah masuk rumahnya kehilangan barang2x berharga beserta sebuah Proton Exora.Wah exora tu MPV idaman.Hmmm pelajar PERHEBAT ni pun pernah dipecah rumahnya semasa ofis hour dan semasa pelajar PERHEBAT ni berada di kolej. terus bergegas balik pelajar tersebut semasa insiden tu. 2013 dlu pun rumah pernah dipecah masuk oleh 4orang belia yang duduk di felda berdekatan. Sangat bahaya sekarang kerana keberanian si pemecah yang tujuannya mengambil harta orang lain,silap haribulan boleh meragut nyawa.Perlukah mencuri dan mengambil harta org lain sehingga menyusahkan orang lain? Sanggupkah nanti dibalas oleh Allah atas dosa-dosa mencuri,merompak. Perbuatan baik akan dibalas baik,perbuatan jahat akan dibalas jahat. Satu hari nanti siperompak pun akan kehilangan harta yang disayangi akibat terbalas nya semua perbuatan jahat.Tu baru di dunia + akhirat lagi.

Tuesday, 3 February 2015

Pelajar Kolej

Kisah hari ni mengenai pelajar. Pelajar zaman sekarang berbeza dengan zaman tiada telefon pintar,mendidik mengikut peredaran zaman seperti ada yang ditulis dalam hadis.Zaman sekarang zaman smartphone. So pelajar banyak terdedah dengan kecanggihan teknologi.Tapi harapnya dapat bawa impak positif jangan jadi negatif.Cuma pada semester ni pelajar yang aku jenis yang masuk telinga kiri keluar telinga kanan bila dinasihat.Kedatangan beberapa orang pelajar pun bermasalah. Banyak kali dah tegur tapi respon yang sama,tiada kesedaran masih mengulangi sikap yang sama. Susah untuk mereka berubah. Kesan begini akan dirasai bila mereka keluar bekerja,kelas bermula jam 8 pagi tapi jam 9 baru nak datang. Kalau dah bekerja boleh ke ofis terima kedatangan mereka lewat 1jam. Mesti kene tindakan,potong gaji. Aku pun ada bercerita mengenai perkara ni,tapi tak diendah pun.Mungkin dah terbiasa terdidik dengan hidup kesenangan,tak pernah merasa kesusahan. Mak ayah kurang tekankan mengenai disiplin atau tak pernah rotan. Atau pelajar tak amalkan syariat agama,menjaga solat insyaAllah akan mendisiplinkan anak kita. Tengoklah siapa tak menjaga solat kehidupan memang kurang terjaga. Aku memang nampak perkara ni,sejak dari zaman kecik sehingga sekarang. Kita boleh bandingkan mereka yang menjaga solat 5 waktu,kehidupan berbeza dengan mereka yang mengabaikan solat 5 waktu.

Kisah di Tesco KB






Dalam tempoh bulan Januari 2015 sudah dua kali aku dan isteri mengunjungi Tesco Kota Bharu. Kunjungan yang pertama semasa mencari Baby Mall Manjaku. Kawasan Tesco ni berdekatan dengan kawasan sungai kelantan dan kediaman Menteri Besar,nama jalan kalau tak silap Lembah Sireh.Tesco di Kelantan ada satu.Kalau di negeri lain lebih daripada satu Tesco rasanya. Kecuali di Pahang memang tiada Tesco. mungkin kerajaan negeri pahang tak benarkan Tesco masuk agaknya. Di Pahang dah ade Tunas Manja Group,Pasaraya TF,Cowboy, berlambak-lambak. Cowboy memang barangnya murah seperti Mydin tapi pack susunan barangnya. Ok sebenarnya nk cite pasal satu family yang aku nampak di Tesco KB. keluarga ni memohon simpati pengunjung untuk mengutip derma bagi anak perempuan mereka. Tidak dapat aku pastikan sesahihannya. Cuma memang dari segi fizikal aku nampak ada bengkakan pada bahagian atas kening mata kanan anak perempuan wanita tersebut. Kalau betul keluarga ni memerlukan bantuan mungkin ada orang-orang di sana untuk bawa ke jabatan yang sepatutnya.




Monday, 2 February 2015

Ada Hikmah ketinggalan bas...

Selepas ditinggalkan bas perdana,wife aku memujuk esok pergi ke kaunter perdana dan maklumkan hal yang terjadi. Aku pun okey je sebenarnya,cuma kesiankan wife yang terpaksa hantar aku malam2x ke hentian bas setiap hujung minggu,malam tu pun dekat 1 jam setengah menunggu dalam kegelapan malam. Mengantuk- mengantuk kami menunggu. Kemudian wife aku mencadangkan aku berdoa supaya bayi kami dapat duduk dalam keadaan normal dalam rahim dan bersedia untuk tarikh due 19.2.2015. Alhamdulillah malam tu kami berdoa bersama. Esoknya ada satu berita gembira buat kami sekeluarga...

Kisah Bas Perdana


Kisah bas perdana. Kenangan sungguh malam tu,bas perdana tak ambil aku. Pada hal dah dua biji bas aku cek tiket Perdana bas biru setingkat KBN14,Perdana bas dua tingkat biru KBN13.Kedua-dua pemandu bas memeang confirm dengan aku ada sebuah bas lagi KBN12 yang akan datang ambil. Aku menunggu selang 10 minit memang ada sebuah bas perdana dua tingkat warna oren,tapi bas tersebut dengan bangganya bagi flash light dan berjalan pergi.Wahh adekah bas tersebut bas aku??? Tak nampak pada cermin KBN berapa sebab malam dan gelap sera tulisan pun kecik. Patutnya bas2 ekspress ni pakai tulisan digital macam RAPID KL,Penang,Kuantan baru nampak destinasi berapa. Akhirnya bagi menyedapkan hati wife aku memujuk mungkin ada bas KBN11 yang tadi. Kami pun menunggu sehingga jam 1 malangnya bas yang dinantikan tidak kunjung tiba. Aku rasa memeng bas oren tu adalah KBN12. Minggu sebelumnya memang ada penumpang yang tidak diambil bas perdana alasan yang diberi sebab tiada dalam list. Kerja yang menyusahkan penumpang,cerita bas perdana minggu lepas cuma penumpang yang tidak diambil tu bernasib baik sebab ada kawannya yang duduk dalam bas yang sama,so pemandu berhenti di kawasan hujung mukim dan menunggu penumpang datang.