Alhamdulillah diberi peluang sekali lagi utk pulih dari demam mengejut yang teruk.Allah sembuhkan dalam 3hari.Kisahnya pada petang Ahad 8.2.2015 aku bersama isteri pergi makan diluar sebelum aku menaiki bas. Ptg tu terasa ingin menikmati nasi ayam so pergilah order. Nasi ayam nampak macam biasa sahaja cuma cara penyediaan agak nampak kurang kemas.Bekas sambal diletakkan bersama dengan kicap dan ayam. Tidak pasti kebersihannya. Tapi takpelah dah lapar punya pasal,makan jerlah. Ayam pula nampak masih merah-merah maksudnya kurang masak. Merahnye nampak tak menyakinkan sangat. Tapi dengan kebiasaan perutku yang tahan memproses rasanya tiada masalah. Setelah makan aku dan isteri menuju ke stesen bas untuk menaiki bas trip 8.30 malam. Kemudian semasa di sana aku mula rasa mual dan kurang selesa sedikit. Sendawa angin pun kua bau nasi ayam. Ni macam banyak gas je yang akan keluar. Tepat 8.30 aku menaiki bas. Dalam bas aku dah rasa lain macam,seram sejuk je badan. Aku melelapkan mata,kadangkala terjaga dalam bas ku rasakan suhu badan makin meningkat.Aku rasa pada dahi,terasa panas.Sah demam ni.Ku gagahi juga menaiki bas sebab dah bayar tiket,takkan nak turun dekat tengah jalan kan.Tahan jerlah kataku dalam hati. Tido pun banyak bergerak sebab tak selesa. Esoknya sampai di destinasi aku demam mengejut tapi masih sendawa nasi ayam lagi,perutku macam tak boleh nak proses. beli panadol dan telan.sampai dirumah pun masih sendawa nasi ayam,akhirnya aku memuntahkan semula sebab rasa pelik perutku tidak dapat memproses. Rasaku sebab kesan nasi ayam dan ayam yang tidak dimasak dengan betul atau tercemar.Alhamdulillah tak teruk,tapi dari pinggang ke bawah kaki terasa sengal yang tak pernah aku alami.mungkin kesan demam mengejut.
No comments:
Post a Comment