Selepas proses kelahiran anak kami,bermulanya tugas penyusuan oleh isteriku. Kami berhasrat untuk memanfaatkan anugerah dan kurniaan terhebat Allah kepada ibu-ibu menggunakan susu badan. Proses penyusuan susu badan jika lambat keluar perlu di 'stimulate' oleh bayi kita. Semalam proses tersebut telah kami praktikkan. Aku membantu isteriku pergi ke pusat jagaan bayi SCN dimana puteri kami ditempatkan kerana mengikut prosedur kelahiran SGA. Tugas seorang suami dan abah memang sangat diperlukan pada ketika ini. Aku membawa isteriku menggunakan kemudahan kerusi roda kerana selepas proses bersalin ibu2x perlu menjaga langkah kaki agar luka bersalin tidak terjejas. Pada semalam sahaja bermula dari 4 petang aku dan isteri telah melawat baby kami. Kemudian pada jam 8 malam dan 3 pagi. Pengalaman yang baru bagi diri kami sebagai ibu bapa yang menjadi keutamaan dan naluri keibu bapaan untuk melihat bayi kita,menjaga,melindungi dan sanggup berkorban apa sahaja.
No comments:
Post a Comment