Telok Batik

Tuesday, 24 February 2015

Demam Kuning Jaundice

Assalamualaikum,akhirnya setelah lebih kurang seminggu tidak menulis,hari ini diizinkan Allah untuk menulis semula mengenai kisah seminggu diriku,isteri dan anak kami. Agak sibuk juga minggu lepas selepas proses kelahiran bayi kami. isteri dan anak telah keluar wad pada hari Ahad 15 Februari 2015. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan. Jam 6.30 petang kami sampai di rumah keluarga mentua untuk proses berpantang isteriku dan bayi kami. Dalam perjalanan pihak hospital ada menelefon memaklumkan terlupa untuk memberikan buku kesihatan bayi kami. Masa tu sangat seronok kerana ibu dan bayi dapat discaj sehingga kami pun terlupa bertanya mengenai yang dokumen  tu. So pada parents jangan lupa bertanya mengenai buku kesihatan bayi ( Warna biru untuk baby boy & warna pink untuk baby girl).

Buku baby ni penting untuk mendaftarkan kepada klinik desa atau klinik kesihatan semasa checkup kesihatan baby dan ibu oleh jururawat masyarakat. Checkup ini penting untuk memastikan demam kuning bayi terkawal dan pemeriksaan kesihatan ibu. Pada awalnya kami menyangka bayi kami tidak ada kuning. Kemudian pada Isnin 16 Feb aku memaklumkan kelahiran anak dan ibu telah discaj serta berpantang di mukim Gong Datuk. Jururawat datang dan minta kami untuk cek kuning kerana biasanya bayi pada awalnya perlu membuang bilirubin yang ada dalam darahnya melalui najis dan kencing serta perlu menyusu. Jika kandungan bilirubin masih tinggi maka bayi didiagnos demam kuning.

Hari selasa 17 Feb aku bawa bayiku check dekat 3 kali.pagi,petang dan malam. babyku masih lagi bertahan. So kami decided cek esoknya.

No comments:

Post a Comment