Telok Batik

Tuesday, 3 February 2015

Kisah di Tesco KB






Dalam tempoh bulan Januari 2015 sudah dua kali aku dan isteri mengunjungi Tesco Kota Bharu. Kunjungan yang pertama semasa mencari Baby Mall Manjaku. Kawasan Tesco ni berdekatan dengan kawasan sungai kelantan dan kediaman Menteri Besar,nama jalan kalau tak silap Lembah Sireh.Tesco di Kelantan ada satu.Kalau di negeri lain lebih daripada satu Tesco rasanya. Kecuali di Pahang memang tiada Tesco. mungkin kerajaan negeri pahang tak benarkan Tesco masuk agaknya. Di Pahang dah ade Tunas Manja Group,Pasaraya TF,Cowboy, berlambak-lambak. Cowboy memang barangnya murah seperti Mydin tapi pack susunan barangnya. Ok sebenarnya nk cite pasal satu family yang aku nampak di Tesco KB. keluarga ni memohon simpati pengunjung untuk mengutip derma bagi anak perempuan mereka. Tidak dapat aku pastikan sesahihannya. Cuma memang dari segi fizikal aku nampak ada bengkakan pada bahagian atas kening mata kanan anak perempuan wanita tersebut. Kalau betul keluarga ni memerlukan bantuan mungkin ada orang-orang di sana untuk bawa ke jabatan yang sepatutnya.




No comments:

Post a Comment