Telok Batik

Thursday, 19 March 2015

HARI TERBUKA TUDM Boleh lihat pertunjukkan aircraft dan demo seperti Di LIMA Langkawi International Maritime Aircraft

Kalau tak dapat nak ke LIMA tengok pertunjukkan udara bolehlah datang ke Hari Terbuka TUDM yang selalu dianjurkan tak ingat berapa tahun sekali. Tapi kalau duduk berdekatan  KEM Batu 10 ,TUDM sesiapa yang berkesempatan untuk pergi ke hari terbuka jangan lepaskan peluang. memang best dapat lihat pertunjukkan udara.

Merasa naik Helikopter Nuri yang dah di parking. Besar Helikopter Nuri ni saiz bas. Dapat naik C130 Hercules milik US Navy.
































Menurunkan berat badan dan saiz pinggang.

Minggu lepas dan minggu ni bermulanya aktiviti riadah ku yang telah lama tergendala. Mula jogging dan main gym. Beratku sekarang hampir 100kg. Nampaknya aku kena mulakan aktiviti sihat dan mengawal pemakanan. Hari ni berlari di treadmill dalam 4.1km, membakar 455calori dan masa dalam 46min,purata laju larian dalam 5.5 km. Permulaan yang agak baik. Banyak langkah dan matlamat lagi yang perlu dicapai,ketepikan dulu nafsu makan yang menggila. "You can do it" turunkan berat badan ke 70kg target....

Ok bermula dalam minggu ni aku dah mula bermain badminton semula,sukan yang aku tinggalkan hampir 3 tahun. Takdelah expert sangat tapi medium lah bila bermain. peluh lagi banyak keluar dari main Gym sebelum ni,sesuai untuk kardio tapi lagi penat dan banyak peluh berbanding jogging biasa. Boleh cuba main badminton,kalau dapat hari-hari lagi ok. Dekat tempat kerja  aku memang ada court badminton,cuma korum nak bermain tu agak kuranglah. Aktiviti terbaru juga mendaki bukit UIAM di Gambang semasa berjoging. Ada masa aku akan uplod gambar..

Tuesday, 17 March 2015

SEMESTI...Sek Men Sains Teluk Intan

Ok aku nak upload gambar-gambar sekolah aku setelah last aku jejakkan kaki pada tahun 2000 setelah mengambil sijil SPM. Akhirnya isteri aku mengajak aku singgah ke sekolah lama aku. Tapi masa ni student tengah cuti.So sekolah nampak suram sikit. My wife sekolah di Sekolah Tun Fatimah, Sekolah Berasrama Penuh juga, tapi lebih berprestij dari SEMESTI. Keadaan sekolah nampak suram sikit bila takde pelajar tambah tambah lai mungkin warna-warna yang bercampur campur ni,hehe..tapi ni semua dah keputusan pengurusan dan harap pengurusan menampakkan mood berprestij SEMESTI agar nampak kemashuran, bukan nak ceria. Ceria dalam ertikata banyak benda boleh diceriakan tapi warna-warna gemilang SEMESTI bila first impression orang masuk ke pagar SEMESTI.